TAK MAU KEHILANGAN SAHABAT SEJATI (MALAYSIA VERSION)

Kali Ni Pak Cik Nak Cerita Sikit Perihal Pertalian
Persahabatan Terhadap Tiga Orang Yang
Berlainan Bangsa, Iaitu Seorang Arab, Seorang
Afrika Dan Seorang India…
Mereka Ni Telah Sama-Sama Ingin
Mengembara Di Lautan. “Adventure La Sikit
Brader” Kata Salah Seorang Dari Tiga Orang
Tu. Sampai Masa Dan Ketikanya Mereka Pun
Belayarlah Seperti Yang Dihajatkan.
Setelah Sekian Lama Belayar, Menempuh
Pelbagai Ujian Dan Peperiksaan (Tak Termasuk
UPSR & PMR), Sehingga Suatu Ketika Mereka
Telah Menempuh Suatu Taufan Dan Ombak
Bak Cerita “Deep Impact” Yang Kuat Sehingga
Menyebabkan Kapal Mereka Telah Terbelah
Dua Lalu Tenggelam Ala “Titanic”.
Tetapi Umur Mereka Bertiga Masih Panjang.
Mereka Telah Hanyut Dan Terdampar Di
Sebuah Pulau (Pulau Kozambo Agaknya, Tak
Tau Pulak Saya). Pulau Tu Pulak Tiada
Berpenghuni Melainkan Mereka Bertigalah
Yang Menghuninya Setelah Tersadai.
Hari Demi Hari, Minggu Demi Minggu, Bulan
Demi Bulan Hinggakan Tahun Demi Tahun
Sampai Jadi Belas Tahun Mereka Menginap Di
Pulau Itu. Hidup Aman Dan Damai Kata Orang,
Saling Bekerjasama. Mereka Ni Jadi
Tersangatlah Akrabnya.
Akhirnya (Belum Habis Lagi) Salah Seorang
Dari Mereka Terjumpa Sebuah Bekas (Tak Tau
Lah Saya Bekas Apa, Tapi Yang Pasti, Bukan
Bekas Ubat Nyamuk). Lalu Dia Pun Memanggil
Dua Lagi Kengkawannya.
Setelah Kata Sepakat Membawa Berkat,
Mereka Pun Membuka Bekas Tadi Tu. Amat
Terkezutlah Mereka Sebaik Sahaja Terbuka
Sahaja Penutup Bekas Tu, Keluarlah Asap
Berbunga-Bunga (Tapi Tak Bahaya Kerana
Indeks Bacaan Belum Sampai Tahap Bahaya).
Setelah Terbatuk-Batuk Beberapa Kali Dan
Jerebu Pun Reda, Mereka Terperasan Ada
Penambahan Bilangan Dari Segi Penduduk.
Wujud Satu Jun Depan Mereka (Ala Brader, Jin
Le).
Mereka Bertiga Jadi Takut, Tapi Jin Tu
Selamba Je, Terkebil-Kebil. Belum Sempat
Mereka Berbuat Apa-Apa Lagi Jin Dah
Berkata :
” Thank You, Thank You, Kerana You All
Telah Selamatkan I Dari Belenggu Belanga Ni”.
Sambung Lagi Jin Tu : ” Oleh Kerana You All
Telah Selamatkan Jiwa Dan Raga I, I Akan
Tunaikan Apa Sahaja Permintaan You All,
Tetapi Seorang Akan Dapat Satu Sahaja
Permintaan Je Tau”.
Mereka Bertiga Punye Le Gumbira Apabila
Mendengar Berita Terkini Hiburan Sensasi
Yang Disampaikan Oleh Jin Tu.
Sambung Jin Tu Lagi : “OK Boleh Mulakan
Permintaan Kamu Bertiga Sekarang”
“Baiklah” Kata Orang Pertama Iatiu Si Arab.
Dia Sambung ” Wahai Jin, Ana (Ana Tu
Bermaksud Saya) Telah Tersangat Lama
Tinggal Di Pulau Ini Dan Ana Tidak Dapat
Menahan Rindu Untuk Pulang Ke Kampung
Halaman Ana, Boleh Anta Tunaikan”.
Kata Jin Tu “Boleh, No Problemo, Tapi Tak Nak
Ke Ucapkan Babai Ke Apa-Apa Ke, Kat Kawan
Kau Dua Orang Tu”.
Si Arab Pun Berucap : “Wahai Sahabat Ana
Berdua Yang Mulia, Ana Akan Sentiasa
Kenangkan Kamu Dimana Jua Ana Berada,
Semoga Berjumpa Lagi”.
Setelah Berjabat-Jabatan (Bersalam-Salaman),
Bersedih-Sedihan Maka Tiba-Tiba TUSSS!
(Siap Ada Asap Lagi) Tertunailah Permintaan
Si Arab.
Tinggal Dua. Kemudian Tibalah Giliran Si Afrika
Membuat Hajatnya (Bukan Qado Hajat).
Setelah Terdiam Beberapa
Ketika Si Afrika Berkata : “Wahai Jin Tolonglah
Saya Kembalikan Saya Ke Pangkuan Keluarga
Saya, Mungkin Mereka Menyangkakan Bahawa
Saya Telah Mati, Saya Mahu Pulang, Saya
Mahu Pulang”
TUSSS! (Ada Asap Jugak) Tak Sampai Hati Jin
Tu Mendengarkannya Lebih Lama Lagi. Dan-
Dan Si Afrika Tu Hilang Dari Pandangan, Nak
Ucap Selamat Tinggal Kat Kawan Dia Seorang
Lagi Tu Pun Tak Sempat.
Tinggallah Si Mamat India Ni Sengsorang. Jin
Tu Pandang Dia, Dia Pandang Jin Tu.
Jin Tu Kata Kat Dia : “Kamu Tu Tunggu Apa
Lagi, Mintalah Apa Yang Kamu Hajati Supaya
Aku Boleh Tunaikan Permintaan Kamu Dan
Selesaikan Janji Aku Kat Kamu Bertiga. Aku
Dah Tak Sabar Nak Enjoy Ni”.
Si India Tu Kata : “Ala Jin Rilek La Jin. Aku
Sebenarnya Masih Bersedih Kerana Kehilangan
Kekawanku Yang Sangat Sejati”.
Lalu Dia Pun Berkata : “Mr. Jin Sekarang Kau
Tunaikanlah Permintaanku Yang Tak Seberapa
Ni”.
Berkata Jin :”Katakanlah, Mintalah Nescaya
Aku Akan Tunaikan”.
Si India Tu Dengan Penuh Wisma Yakin Dan
Semangat Berkata Kepada Jin:
“Mr. Jin Aku Amat Merindui Kengkawan Aku,
Oleh Itu Aku Meminta Supaya Engkau
Kembalikan Semula Mereka Ke Pangkuan ku.
Aku Rindukan Mereka Berdua”.
Jin Tu Pun Menunaikan Permintaan Si Mamat
India tu. TUSSS! (Asap Dia Banyak Sikit Sebab
Ada Dua Orang Sekali Jalan) Kembalilah Si
Arab Dengan Si Afrika Di Depan Si India Tu.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: